Followers

Monday 26 September 2011

MASALAH PINGGIRAN BANDAR

                 Kawasan pinggir bandar sama sekali tidak sama dengan kawasan luar bandar. Kawasan pinggir bandar boleh didefinisikan sebagai kawasan yang terletak dihujung kawasan bandar. Berlainan pula dengan kawasan luar bandar yang sememangnya agak terpencil dan jauh dikawasan bandar. Apabila kita memahami pembangunan, kita juga akan mula memahami impak limpahan perbandaran dan implikasi pembangunan keatas kawasan lain seperti kawasan pinggiran bandar dan luar bandar.
                 Daripada pemahaman inilah kita dapat melihat betapa banyaknya isu-isu pembangunan yang membelenggu penduduk dikawasan-kawasan terhimpit tersebut. Antara isu-isu dan masalah yang dihadapi mereka ialah :
masalah sosial..
migrasi penduduk..
kemunculan kilang-kilang haram..
suasana kampung yang tidak menghijau..
kampung yang kehilangan identitinya..
penduduk bimbang hilang petempatan..
ketidak seimbangan golongan muda dan tua..
kemudahan yang tak lengkap..
pendapatan penduduk yang tak memberansangkan..
persekitaran yang tercemar dek pembangunan sekeliling nya..


Masalh Sosial Berleluasa
Kawasan Pertanian Tidak Diusahakan
               Masalah-masalah  di kawasan pinggir bandar seperti yang dinyatakan tidak sepatutnya wujud kerana apabila masalah macam seperti ini timbul  ia seolah-olah memberi gambaran kepada kita bahawa pembangunan yang kita lalui di Malaysia ni adalah tidak seimbang dan tidak mengikut perancangan yang baik.
                Sebagai  insan yang peka terhadap perubahan sekeliling, penting bagi kita semua agar sebulat suara dalam mempertahankan pembangunan daripada terus berlaku sehingga memusnahkan kewujudan kampung di pinggir dan luar bandar. Pembangunan yang seimbang dalam dan luar bandar perlu diusahakan secara optima supaya kemudahan yang diperoleh sama rata  tidak kira dimana mereka tinggal. Hal ini barulah dapat menjadikan situasi yang lebih harmoni dan bertamadun dimana semua orang pun dapat menikmati setiap keistimewaan bersama-sama. 
              Pembangunan yang dirancang dengan baik dan tidak keterlaluan juga dapat menyeimbangkan ekonomi negara dan meminimakan migrasi penduduk dari pinggir dan luar bandar ke bandar. Pembangunan sama rata di semua kawasan akan mewujudkan suasana dimana penduduk mempunyai peluang pekerjaan di tempat masing-masing dan tidak perlu berhijrah untuk mencari rezeki. Dengan itu, proses ekonomi di kawasan pinggir dan luar bandar juga dapat dimajukan.

Pencemara Bau
Pencemaran Sungai





No comments:

Post a Comment