Followers

Thursday 29 September 2011

HAKIKAT PENGHAMBAAN

masih teringat aku disuatu malam di bulan ramadhan..
aku tersentuh mendengar tazkirah ustaz yang bertajuk hakikat penghambaan...
aku terlepas dengar apa nama ustaz tu dan dari mana...
mengikut apa yang beliau telah ceritakan...
hakikat seorang hamba itu sebenarnya adalah untuk mendengar dan taat sahaja..
itu lah sebenarnya hakikat seorang hamba...
dalam perspektif manusia dan tuhan..
kita sebagai hamba tidak berhak untuk bersoal jawab dan mengeluarkan pendapat kerana kebernasan pendapat dan waras akal fikiran manusia itu tidak akan diambil kira...
bak kata ustaz "Allah tu tak nak tau pon ape pendapat kau, sebab kau tu jahil"
dan memang tidak dapat dinafikan...kita insan yang lemah, hamba yang hina, serba bodoh dalam setiap perkara...
jadi, jika Allah telah menurunkan perintah NYA...maka wajiblah bagi kita mengikuti apa yang Dia suruh tanpa banyak bicara..

dan ustaz juga ada memberi beberapa contoh..betapa kita manusia ni sombong dan bongkak dengan Allah yang menciptakan kita...antara contoh yang beliau katakan ialah, kita manusia ni selalu mempertikaikan apa yang telah Allah suruh dan perintahkan..HUKUM HUDUD misalnya, apabila Allah telah menetapkan hudud didalam perundangan Islam bermakna ianya ada kebaikan dan kesesuain pada semua zaman..
tapi hakikatnya kita manusia hari ini, memberi seribu alasan untuk tidak melaksanakan hukum hudud tersebut..tidak sesuai dengan masayarakat majmuk lah, beri masa untuk kaji kesesuaianya lah..walhal kita sebagai hamba...hakikat nya kita perlu dengar, patuh dan taat dengan apa yang telah Allah perintahkan...Ini lah bukti manusia itu sombong dengan tuhan..

kita membaca Al-Quran, bersembahyang lima waktu.. tetapi di dalam sesetengah perkara kita ingkar perintanya. menolak perundangan NYA, riba' , rasuah di amalkan secara berleluasa...manusia yang tahu dan terlibat tutup mata, tutup mulut tidak berbicara, sombong dengan peraturan ekonomi yang telah Allah tetapkan..

dan hakikat penghambaan yang kedua ialah kita perlu yakin dan percaya dengan Allah yang telah menciptakan kita...kita perlu yakin bahawa puasa sebulan dalam bulan Ramadhan itu tidak akan membawa kemudaratan malah memberi seribu kemanfaatan..di sinilah yang menunjukan kita percayakan Allah dan yakin dengan apa yang Allah perintahkan itu..


Bersama Mencari Sakinah

No comments:

Post a Comment