Followers

Monday 3 October 2011

KONSEP "GROWTH POLE" = SERAKAN PERBANDARAN

          
Daripada Sebuah Bandar Kecil

Migrasi Penduduk Berlaku
Dari Luar Bandar - Bandar

Populasi Bertambah Menyebabkan Pembangunan Bertambah Pesat

Kawasan Kampung dan Pinggir Bandar Lenyap

 Arah tuju pembangunan, pertumbuhan fizikal dan strategi penyebaran pertumbuhan merupakan asas bagi sesebuah perancangan dan pembangunan. Strategi perancangan dan pembangunan ini boleh dilakukan melalui dua cara iaitu dengan memperbaiki pusat-pusat pertumbuhan terpilih dan pembukaan kawasan pertumbuhan baru.
           Teori "growth pole" digunakan secara meluas sebagai salah satu daripada strategi pembangunan baik dinegara maju mahupun di negara-negara sedang membangun termasuklah negara kita, Malaysia. Teori pusat pertumbuhan ini berfungsi menarik pembangunan kepada pusat tertentu. Hal ini adalah supaya pembangunan dapat diserakkan ke kawasan sekitar yang berhampiran  secara maksima dan corak perkampungan dapat diubah menjadi persekitaran bandar. Teori "growth pole" yang digunapakai inilah telah menjadikan kawasan pinggir bandar sebagai sasaran pembangunan dimana kewujudannya melalui proses pembangunan berperingkat. Proses pembangunan berperingkat merujuk kepada evolusi masa yang lama dan bergerak dari satu tahap ke tahap yang lain sehinggan pembangunan yang dijalankan bersifat menyeluruh disesuatu kawasan. Ini bermakna pembangunan akan diselerakkan daripada bandar-bandar besar sehinggalah ke kawasan pinggir bandar. Situasi ini secara tidak langsung membawa implikasi kepada pertumbuhan dan perkembangan bandar-bandar dari aspek sosio-ekonomi dan perkembangan ruang fizikal bandar.
             Dalam proses pertumbuhan ini, ruang geografi akan dimonopoli termasuklah tanah-tanah kosong terutamanya didalam dan dipinggir bandar. Pertumbuhan seperti ini menjadi tarikan bagi penghijrahan penduduk dari pinggir bandar ke pusat bandar berhampiran. Apabila penduduk kawasan bandar bertambah, ia akan memberi implikasi kepada pertumbuhan ekonomi dimana permintaan kepada sesuatu keperluan akan bertambah seperti peluang pekerjaan dan kawasan kediaman. Akhirnya, bagi memenuhi keperluan keperluan penduduk serta permintaan penggunaan ruang, maka bandar akan terus membangun dan penyerakan perbandaran itu akan terjadi sehinggalah ke kawasan pinggiran bandar dan luarannya. Maka terbentuklah sebuah wilayah maju dan terkuburlah kawasan perkampungan pinggiran bandar akibat daripada teori pusat pertumbuhan tadi dimana perubahan yang ingin dicapai dapat dilihat dari segi corak perkampungan kepada persekitaran bandar yang lebih maju serta lebih ramai penduduknya.


No comments:

Post a Comment