Followers

Monday 10 October 2011

AKU BENCI KEMISKINAN!!!

suatu hal yang menjadi perhatian aku..macam mana kita nak menyelesaikan masalah kemiskinan...walaupun PM kita dok laungkan Zero Kemiskinan..aku tetap yakin masih ada sorang dua orang miskin yang terselit kat bumi Malaysia ni..mustahil boleh capai angka zero..

kalau yang betul-betul daif dan miskin..tidak mempunyai rumah yang baik..dan yang tinggal di setinggan bagaimana perancang bandar dapat membantu mengatasi masalah ni..kalau orang ramai mencadangkan bina rumah kos rendah..mampu kah bagi mereka golongan miskin..walupun nama nya rumah kos rendah...paling kurang pun aku rasa mungkin 40 ribu...itu lah yang menjadi persoalan..umah kos rendah bagi kita..tapi mampukah bagi mereka??..dan aku rasa agak mustahil kerajaan nak bagi rumah free of charge kat orang miskin..

secara jujur nya..jauh kat sudut hati aku ni..aku harap semua orang kat dunia dapat menikmati benda yang sama..tak kira miskin atau kaya..kalau orang yang kaya boleh hidup selesa..aku nak orang miskin pun hidup selesa..biar pun rumah belum tentu sebesar mahligai istana..kalau orang kaya dapat makan sedap-sedap..aku nak orang miskin pun dapat makan sedap-sedap jugak biarpun belum tentu makanannya tak semahal makanan orang kaya..

dan aku harap suatu hari nanti bukan KL je yang ada LRT, MONOREL, KTM segala bagai tu..aku nak kat semua tempat dalam Malaysia ni pun macam tu jugak...barulah adil..fyi, aku rasa naik benda tu semua lebih selamat daripada naik bas dan teksi..so, to all planners in Malaysia ni..i do think we need to think out of the box..jangan terlalu memberi tumpuan untuk membangun kan bandar yang dah sedia maju..kita juga perlu concern kat setiap ceruk dan pelosok tempat..supaya tiada yang ketinggalan..manalah tau tempat yang korang majukan tu akan jadi sebuah mega city ke one day..who know..

hmmm...ok whatever it is..pembangunan yang dijalan kan perlu seimbang dan tidak menjejaskan ekosistem..sistem utiliti juga perlu dirancang dengan baik agar tidak mendatangkan kemudaratan di kemudian hari..dan yang paling penting pelihara kehijauan..jangan tumbangkan semua pokok sampai penduduk kat muka bumi ni tak boleh bernafas sebab kepanasan..


pembangunan tidak sepatutnya menjadi penyebab global warming..

help...i can't breath....


Tuesday 4 October 2011

NIKMAT ALLAH-MATAHARI

Canggih betul teknologi zaman sekarang ni..Gambar matahari yang panas tu pun boleh diambil..Konfius gak aku yang tak berapa pandai ni. Kalau berlaku kebakaran pun boleh jadi abu. Ini kan lagi matahari...hmm agak-agak nya..Canon model ape ye??Lens jenis ape ea..hurmmm...pasti nya ada alat yang lebih canggih dari Canon...well..lets check it out..betul atau tidak..wallahualam





dari jarak 5000km

Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril :
wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah :
sebanyak mana sedikit itu?

Jibril :
sebesar kurma...

Zabaniah :
kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril :
kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah :
kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya
tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN :
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja
itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.


Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)



Pedoman hidup


Mohon keampunan selalu atas dosa2 kita.....
Sesungguhnya kita tak mampu menanggung siksaan api neraka..

Monday 3 October 2011

KONSEP "GROWTH POLE" = SERAKAN PERBANDARAN

          
Daripada Sebuah Bandar Kecil

Migrasi Penduduk Berlaku
Dari Luar Bandar - Bandar

Populasi Bertambah Menyebabkan Pembangunan Bertambah Pesat

Kawasan Kampung dan Pinggir Bandar Lenyap

 Arah tuju pembangunan, pertumbuhan fizikal dan strategi penyebaran pertumbuhan merupakan asas bagi sesebuah perancangan dan pembangunan. Strategi perancangan dan pembangunan ini boleh dilakukan melalui dua cara iaitu dengan memperbaiki pusat-pusat pertumbuhan terpilih dan pembukaan kawasan pertumbuhan baru.
           Teori "growth pole" digunakan secara meluas sebagai salah satu daripada strategi pembangunan baik dinegara maju mahupun di negara-negara sedang membangun termasuklah negara kita, Malaysia. Teori pusat pertumbuhan ini berfungsi menarik pembangunan kepada pusat tertentu. Hal ini adalah supaya pembangunan dapat diserakkan ke kawasan sekitar yang berhampiran  secara maksima dan corak perkampungan dapat diubah menjadi persekitaran bandar. Teori "growth pole" yang digunapakai inilah telah menjadikan kawasan pinggir bandar sebagai sasaran pembangunan dimana kewujudannya melalui proses pembangunan berperingkat. Proses pembangunan berperingkat merujuk kepada evolusi masa yang lama dan bergerak dari satu tahap ke tahap yang lain sehinggan pembangunan yang dijalankan bersifat menyeluruh disesuatu kawasan. Ini bermakna pembangunan akan diselerakkan daripada bandar-bandar besar sehinggalah ke kawasan pinggir bandar. Situasi ini secara tidak langsung membawa implikasi kepada pertumbuhan dan perkembangan bandar-bandar dari aspek sosio-ekonomi dan perkembangan ruang fizikal bandar.
             Dalam proses pertumbuhan ini, ruang geografi akan dimonopoli termasuklah tanah-tanah kosong terutamanya didalam dan dipinggir bandar. Pertumbuhan seperti ini menjadi tarikan bagi penghijrahan penduduk dari pinggir bandar ke pusat bandar berhampiran. Apabila penduduk kawasan bandar bertambah, ia akan memberi implikasi kepada pertumbuhan ekonomi dimana permintaan kepada sesuatu keperluan akan bertambah seperti peluang pekerjaan dan kawasan kediaman. Akhirnya, bagi memenuhi keperluan keperluan penduduk serta permintaan penggunaan ruang, maka bandar akan terus membangun dan penyerakan perbandaran itu akan terjadi sehinggalah ke kawasan pinggiran bandar dan luarannya. Maka terbentuklah sebuah wilayah maju dan terkuburlah kawasan perkampungan pinggiran bandar akibat daripada teori pusat pertumbuhan tadi dimana perubahan yang ingin dicapai dapat dilihat dari segi corak perkampungan kepada persekitaran bandar yang lebih maju serta lebih ramai penduduknya.