Followers

Sunday 25 September 2011

MASA BERKUALITI SEORANG PELAJAR

pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang pandai menguruskan masa.
pelajar cemerlang juga akan memanfaatkan setiap masa yang ada dengan sebaiknya.

Jika anda ingin menjadi seorang pelajar cemerlang, berusahalah menjadikan masa anda masa yang berKUALITI...

  • masa bangun pagi - selepas subuh, bayangkan apa yang telah dipelajari semalam.
  • masa sebelum ke kelas - baca dengan ringkas apa topik pelajaran hari ini.
  • masa ke tandas - mengingat semula perkara-perkara yang perlu dilakukan.
  • masa berjalan ke kelas - mengingat apa yang dipelajari dengan teknik bayangan minda.
  • masa menunggu guru sampai - baca lagi topik untuk hari tersebut.
  • masa menunggu bas - baca nota-nota kecil yang dah dibuat.
  • masa habis kelas - lewatkan balik, buat nota n siapkan kerja.
  • masa rehat petang dibilik - cuba ingati semula apa yang dipelajari.
  • masa lepas makan - baca majalah atau bahan baca yang merilekskan minda.
  • masa basuh baju - ingat pelajaran dengan bayangan minda / dengar lagu yang tenang.
  • masa menghadap cermin - lekatkan nota atau reminder.
  • masa duduk dimeja belajar - baca sekali imbas nota-nota kecil yang dilekatkan di meja belajar.
  • masa belajar - tumpu 100%, buat nota dengan pemahaman sendiri
  • masa sebelum tidur - ingat semula pelajaran dengan teknik bayangan, lukis guna jari atas tilam.
motif : tips untuk menghadapi musim peperiksaan (amalkan cara ini 2 bulan dari hari exam)...insyaallah berjaya

No comments:

Post a Comment