Followers

Tuesday 20 September 2011

ISU PINGGIR BANDAR DI MALAYSIA

        Seiring dengan status negara membangun, Malaysia telah berjaya mencapai kemajuan dari pelbagai aspek. Malaysia kini mampu berdiri teguh seiring dengan negara-negara membangun yang lain. Dalam pada itu, Malaysia yang dilihat maju pada rupa fizikalnya masih mempunyai banyak isu-isu pembangunan yang menjadi pertikaian rakyat.
        
            Seperti yang kita sedia maklum, setiap kampung yang wujud berdekatan dengan bandar-bandar maju sememangnya menghadapi tekanan pembangunan. Tekanan pembangunan merupakan suatu senario dimana sesebuah kawasan itu menerima impak dari pelbagai aspek sehingga menjadi isu pertikaian oleh penduduk di kawasan tersebut. Implikasi yang terhasil daripada tekanan pembangunan tersebut pula berkemungkinan wujud dalam aspek positif dan negatif.
                Kawasan pinggir bandar sebagai contoh, menghadapi tekanan pembangunan yang sangat hebat dek kerana arus kemajuan moden yang melanda negara kita. Pro dan kontra kesan daripada pembangunan itu pula, hanya dapat dirasai oleh setiap penduduk yang menghadapi realitinya sahaja kerana bahu yang memikul itu lebih berat daripada mata yang memandang.
                Kadar migrasi luar semakin meningkat berikutan pembangunan sekeliling yang menghimpit kawasan pinggir bandar. Anak-anak muda terutamanya lebih cenderung untuk berhijrah mencari rezeki di bandar sehingga mengakibatkan kadar warga tua memanipulasi kawasan perkampungan. Salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kadar migrasi luar ialah aktiviti ekonomi di bandar Hal ini pula kemudianya akan menyebabkan pelbagai isu lain muncul seperti kemunduran aktiviti ekonomi dan kemudahan infrasturktur atas alasan ia tidak mendatangkan untung kerana hanya warga tua sahaja yang tinggal di kampung.

aktiviti pertanian menjadi ekonomi penduduk pinggir bandar

warga tua memanipulasi kawasan pinggir bandar

No comments:

Post a Comment